Untuk renungan kita bersama...
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di
beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan
itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah
segala apa yang ada di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah
orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2
kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah
orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak
akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang
melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada
kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak
mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara
adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran
Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang
bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek
sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang
tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan
seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Semoga kita tergolong dikalangan Hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi insan yang beriman dan bertakwa..
sumber: Prof Azizi, UUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan