RENCANA
Penyakit yang sukar diubati
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa Bangi.
"Pada seorang hamba itu tidak baik kalau tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Bahawasanya Allah apabila Ia mengasihi seorang hambanya, Ia mengujinya, apabila Ia telah gujinya maka diberi kesabaran akan dia."
●
"Bahawasanya ada kalanya Allah menyediakan bagi seorang lelaki itu darjat di sisi-Nya, yang tidak dicapai olehnya akan dia dengan amalannya, sehingga ia diuji dengan bala pada dirinya, maka dengan itu tercapailah akan dia."
" (Sesiapa melakukan kejahatan nescaya dibalas dengannya), Sayidina Abu Bakar berkata, " wahai Rasulullah, bagaimana dapat bergembira setelah (turun) ayat ini?"
Baginda menjawab, ''semuga Allah mengampunkan wahai Abu Bakar. Tidakkah kau sakit? Tidakkah kau menderita gangguan? Tidakkah kau lelaki? Tidakkah kau berdukacita? Semuanya ini adalah dari apa yang dibalas oleh Allah, iaitu apa yang mengenaimu adalah merupakan kifarah (penebus dosa bagi dosa-dosanya)."
Di antara malapetaka yang diturunkan oleh Allah itu ada kalanya merupakan balasan di dunia akibat kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang. Rasulullah apabila diturunkan ayat itu telah berkata,
"Telah turun padaku satu ayat di mana ayat itu bagi umatku adalah lebih baik daripada dunia dan kandungannya."
Baginda pun membaca ayat itu. Kemudian ia menyambung:"Sesungguhnya hamba itu apabila ia melakukan satu dosa, lalu kena kesusahan atau bala di dunia, maka Allah tidak menyeksanya kaki keduanya."
Menurut hadis ini adalah jelas bahawa bala itu diturunkan ke atas seseorang ada kalanya merupakan kifarah (balasan dosa di dunia) daripada Allah. Kifarah ini menjadikan seseorang yang melakukan dosa tidak diazab di akhirat kerana dosanya telah dibalas di dunia.
Itulah di antara muslihat-muslihat diturunkan malapetaka ke atas manusia. Begitu juga dengan penyakit yang juga merupakan bencana ke atas manusia, yang diturunkan oleh Allah mungkin untuk meninggikan martabat seseorang itu di sisiNya, kerana kifarah, atau semata-mata dugaan ke atasnya, untuk menduga setakat mana kekuatan iman seseorang.
Sakit yang dideritai oleh seseorang bertahun tahun itu mungkin boleh menjadikannya insaf dan kembali ke jalan Allah setelah ia sesat selama ini.
Dalam keadaan demikian seseorang itu, iaitu bagi orang awam ia mesti berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Setip penyakit itu ada ubatnya. Masalahnya ialah sama ada penyakit itu bertemu dengan ubat yang serasi dengannya atau tidak.
Bagi penyakit yang sembuhnya dengan cara berdoa, kesembuhan tersebut sebenarnya telah wujud tersedia, hanya menunggukan ubat yang serasi, iaitu doa yang dikabulkan oleh Allah.
Mengenai pembicaraan tentang doa, sebenarnya tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah, hanya sama ada doa itu dikabulkan cepat atau lambat, semuanya ini pula bergantung kepada orang yang memohon doa tersebut, juga factor faktor lain yang berkaitan dengan doa.
Pada satu ketika pada zaman sahabat, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai pengubat, termasuk sahabat sahabat yang terkenal tetapi tidak sembuh, menjadikannya begitu putus asa.
Pada satu hari ia telah diziarahi oleh seorang alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Apabila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi An berkata: "Di manakah kamu tentang ayat-ayat Syifa dalam al-Quran."
Lalu diajar pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi.
Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu iaitu pada pesakit teruk yang begitu sukar untuk sembuh setelah melalui beberapa rawatan. Kerana itu ayat ini tidak boleh digunakan untuk mengubati semua pesakit selagi seseorang itu meyakini bahawa kombinasi doa lain boleh digunakan untuk tujuan ini.
Ayat ini digunakan sebagai ikhtiar terakhir untuk mengubati seseorang. Mungkin setelah seorang doktor mengatakan bahawa si pesakit tidak ada harapan untuk sembuh dan akan mati sehari dua lagi.
Apabila didapati pesakit dalam keadaan tenat dan setelah puas berubat tetapi tidak sembuh, ketika inilah seseorang itu pertu menyediakan diri untuk mengubatinya dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta keyakinan kepada Allah S.W.T. Susunan doa yang diperlukan ialah:
● Bacaan al-Fatihah dengan tujuh kali berhenti.
® v ®
SOALAN:
Anak says selalu menangis tanpa sebab yang jelas. Apakah sakit yang dihidapi dan bagaimana cara merawatnya? - Zaharah Ahmad, Wangsa Maju,
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: Penulis: Dr Haron Din Terbitan asal: Mingguan Malaysia 13 Ogos 1995
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
2009 ® HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan