RENCANA
Jika diusahakan mungkin boleh dimiliki semula
Mencari barang yang hilang
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.
MANUSIA sebagai makhluk Allah vang lemah sifatnya tidak akan terlepas daripada hakikat menghadapi dugaan dan ujian hidup.
Ujian dan dugaan ini bukan sahaja diturunkan pada manusia yang melakukan kejahatan malah dikenakan juga pada orang-orang yang mengamalkan kebidupan yang mulia.
Dalam riwayat sejarah Islam juga dicatatkan betapa para ambia dan Rasul juga tidak terkecuali menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah bertujuan untuk menguji diri mereka.
Tiada manusia yang terlepas dari ujian Allah
Walaupun golongan mereka merupakan kekasih Allah namun sekiranya Allah memilih untuk menguji mereka maka datanglah dugaan-dugaan tersebut.
Nabi Ayub misalnya, diuji Allah dengan pelbagai rintangan dan kepayahan malah pada satu tahap dirinya amat sengsara. Beliau sentiasa dihadapkan dengan pelbagai kesulitan.
Nabi Zakaria turut diuji dengan pelbagai musibat dunia manakala Nabi Muhammad S.A.W. tidak terlepas daripada hakikat yang sama. Bukan setakat baginda diuji dengan azab yang menyakitkan malah ada ketikanya sampai ke peringkat kehilangan harta atau benda yang amat disayanginya.
Dalam hadis yang masyhur ada diceritakan tentang bagaimana baginda diuji oleh Allah melalui peristiwa kehilangan unta kesayangannya.
Semua peristiwa itu adalah fakta sejarah yang menjadi iktibar bahawa para kekasih Allah sendiri turut tidak terlepas daripada ujian. Maka sudah tentulah tidak mustahil
sekiranya umat selepas zaman juga terdedah pada ujian.
Manusia akan menghadapi segala macam ujian sejajar dengan firman Allah yang bermaksud:
"Dan nescaya Kami akan uji kamu dengan sedikit
sahaja daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
kematian, kehilangan hasil (buah-buahan).
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar iaitu
mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan
menyebut, sesungguhnya kita ini milik
Allah dan kepada Allah juga
kita akan kembali."
Ayat di atas jelas bahawa kehilangan harta merupakan satu perkara yang termasuk dalam hakikat ujian Allah. Banyak pengajaran yang dapat dijadikan teladan apabila kita diuji dengan peristiwa itu. Antaranya pengajaran pertama ialah, mengingatkan kita bahawa harta bukanlah milik manusia sepenuhnya kerana dengan kehendak Allah ia boleh hilang daripada jagaan kita.
Kedua, memiliki harta adalah kewaiipan yang perlu diselesaikan seperti mengeluarkan zakat apabila sampai pada ketetapan waktu dan jumlahnya.
Satu ujian
Ketiga, harta adalah amanah Allah yang jika tidak dijaga dengan baik mungkin akan diambil kembali. Caranya ialah apabila berlakunya kehilangan.
Keempat, harta yang hilang mungkin sekadar satu ujian yang bersifat sementara. Jika diusahakan mungkin boleh ditemukan kembali dan ada kemungkinan ia bakal dimiliki semula.
Merujuk kepada peristiwa kehilangan harta yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W., beliau telah memberikan petunjuk yang amat berkesan lagi benar mengenai cara untuk mendapatkan kembali harta yang telah hilang.
Salah satu caranya ialah bernazar dengan sabdanya yang berkaitan dengan peristiwa kehilangan unta kesayangannya yang bermaksud:
"Sekiranya Allah kembali semula untaku nescaya aku
akan mengucapkan syukur setinggi-tingginya kepada Tuhanku."
Tidak beberapa lama selepas Rasulullah mengucapkan nazarnya itu, tiba-tiba Allah telah kembalikan unta itu kepada baginda.
Lalu Nabi Muhammad segera memenuhi nazarnya dengan menyebut:
"Alhamdulillahi hamdan kasiran tayyiban mubarakan."
"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang inenunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultananMu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebihan-Mu ke atasku."
Doa tersebut di atas hendaklah dibaca selepas waktu tengah malam sebaik sahaja selesai menunaikan solat hajat dua rakaat atau boleh diteruskan hingga 12 rakaat.
Selesai solat dibaca doa ini dengan hati yang benar-benar yakin bahawa Allah amat berkuasa mengembalikan harta yang hilang itu.
Doa itu hendaklah diulang buat beberapa malam yang berikutnya hinggalah barang yang hilang itu ditemukan semula.
Atau paling tidak, kerunsingan hati akibat kehilangan barang kesayangan itu kembali reda dengan takdir Allah itu.
Apabila hati telah tenang dan menerima takdir ujian Allah itu maka itu sudah merupakan satu kejayaan dan petunjuk Allah.
Hati hendak yakin bahawa setiap kehilangan itu telah Allah aturkan dan akan digantikan dengan kelebihan yang lain pula.
Sebagai manusia yang lemah kita harus menerima semua ujian Allah dengan hati yang lapang.
® v ®
SOALAN:
Saya berumur 45 tahun sekarang dan sering terkena serangan darah tinggi. Saya sudah berusaha cara rawatan klinik moden sejak tiga tahun dahulu tetapi tidak menampakkan perubahan. Adakah cara yang dapat saya amal berdasarkan kaedah rawatan Darussyifa?
JAWAPAN.
Sakit ini mudah menyerang mereka yang berumur lebih 40 tahun. Walaupun begitu adalah tidak mustahil mereka yang lebih muda turut menderita akibat gangguan penyakit ini.
Di antara gejala akibat serangan penyakit ini ialah pening kepada, kabur penglihatan, kurang tidur malam dan hilang selera makan.
Kaedah rawatannya ialah dengan mengambil sebiji kelapa muda. Sebaik baiknya kelapa hijau dan bukan kelapa kuning. Kelapa muda yang dimaksudkan di sini ialah yang sudah mempunyai isi untuk dimakan tetapi jangan yang terlatu keras atau terlalu tebal isinya.
Potong bahagian bawah kelapa itu tetapi jangan sampai terkena pada bahagian tempurung. Biar sabutnya tinggal kira-kira suku inci daripada tempurung. Kemudian potong bahagian kepalanya dan buat lubang kemudian doakan kelapa tadi dengan Al-Fatihah dan selawat syifa.
Masak kelapa tadi hingga menggelegak dan gunakan api yang sederhana sahaja nyalanya supaya buntut kelapa tidak terbakar hangus. Proses ini akan mengambil mass selama dua jam.
Setelah menggelegak angkat kelapa tadi dan letakkan di atas tanah lapang di waktu maghrib. Embunkan hingga waktu pagi. Air kelapa itu kemudian diminum dan isinya di makan sebelum bersarapan. Makan hingga habis semua air dan isinya.
MINGGUAN
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: Penulis: Dr Haron Din Terbitan asal: Mingguan Malaysia 20 Ogos 1995
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
2009 ® HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan